Sunday, October 24, 2010

WeB Photo Tekno& InovAsi


TALI LEHER BERTEKNOLOGI



Tertanya-tanya pula tentang perkembangan fashion terkini. Khususnya yang berlaku pada pemakaian tali leher. Gambar di atas merupakan merupakan sehelai tali leher yang dilengkapi dengan dengan sebiji USB Flash drive pada bahagian bawahnya. Yang paling cute sekali, logo kecil yang menandakan terdapat sambungan USB pada tali leher tersebut. Dilarang hantar tali leher ini ke kedai dobi dan berhati-hatilah ketika hendak membasuhnya.

WeB Photo Tekno& InovAsi


MYVU CERMIN MATA PERSENDIRIAN UNTUK TONTONAN VIDEO


Cermin mata Myvu misalnya yang dibangunkan oleh MicroOptical Corporation merupakan cermin mata yang membolehkan pengguna melihat video seolah-olah menonton di skrin besar.Cermin mata itu hanya perlu disambungkan kepada alat pemain video bergerak seperti iPod atau telefon bimbit multimedia untuk membolehkan 'kaca TV' berada di hadapan mata kita."Konsep menonton video bergerak semakin menjadi kenyataan tetapi terdapat konflik dalam perkara ini kerana pengguna mahukan peranti yang kecil tetapi pada masa yang sama inginkan skrin besar,'' kata Ketua eksekutif MicroOptical, Mark Spitzer.Kaca mata atau 'eyewear' Myvu itu menggunakan teknologi paparan kanta optik dan pembesaran terkini. Bagi mengatasi masalah saiz, MicroOptical telah menggunakan teknologi paparan yang digunakan dalam industri kesihatan, ketenteraan dan sebagainya untuk digunakan dalam produk terkini itu.

WeB Photo Tekno& InovAsi


Minus Trash Can



Perancang asal Turki, Cem Tutuncuoglu memiliki idea cemerlang untuk menjauhkan tikus-tikus pengincar aroma busuk dari dapur anda. Dengan kreativitinya ia berhasil menciptakan Minus Frozen Garbage Container. Ia juga dapat mengawal bahan sisa organik di bawah pengawal suhu sehingga tidak mengalami sebarang pembusukan.