Sunday, October 24, 2010

WeB Photo Tekno& InovAsi


Cermin pandang belakang dengan teknologi Bluetooth V2.0 menjadikan kereta anda lebih selamat dipandu dengan kelengkapan bebas tangan terbaru. Hanya klipkan sahaja gajet ini pada cermin pandang belakang yang sedia ada, menjadikan pemasangan begitu mudah sekali.Unit Bluetooth terbina bersama jalur paparan LCD ke dalam cermin yang amat reflektif. Ini memberikan paparan maklumat nombor telefon serta informasi berkaitan terus pada cermin pandang belakang.Mikrofon bina dalam, pembesar suara dan pendengar telinga tanpa wayar berhubung terus pada cermin untuk kemudahan luar biasa yang maksimum.

Unit paparan akan memaparkan ciri-ciri ID pemanggil (caller ID) dan log panggilan yang diterima, sementara pemancar FM pula membolehkan mendengar setiap panggilan atau muzik dari telefon Bluetooth anda secara terus ke system pembesar kereta anda. Ianya bukan saja meningkatkan keselamatan pemanduan anda malah meluaskan lagi kepelbagaian hiburan dalam kereta anda.

No comments:

Post a Comment