Sunday, October 24, 2010

WeB Photo Tekno& InovAsi


MYVU CERMIN MATA PERSENDIRIAN UNTUK TONTONAN VIDEO


Cermin mata Myvu misalnya yang dibangunkan oleh MicroOptical Corporation merupakan cermin mata yang membolehkan pengguna melihat video seolah-olah menonton di skrin besar.Cermin mata itu hanya perlu disambungkan kepada alat pemain video bergerak seperti iPod atau telefon bimbit multimedia untuk membolehkan 'kaca TV' berada di hadapan mata kita."Konsep menonton video bergerak semakin menjadi kenyataan tetapi terdapat konflik dalam perkara ini kerana pengguna mahukan peranti yang kecil tetapi pada masa yang sama inginkan skrin besar,'' kata Ketua eksekutif MicroOptical, Mark Spitzer.Kaca mata atau 'eyewear' Myvu itu menggunakan teknologi paparan kanta optik dan pembesaran terkini. Bagi mengatasi masalah saiz, MicroOptical telah menggunakan teknologi paparan yang digunakan dalam industri kesihatan, ketenteraan dan sebagainya untuk digunakan dalam produk terkini itu.

No comments:

Post a Comment